ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

CARA-CARA

Menggalakkan kanak-kanak membaca adalah satu cabaran yang penting untuk dihadapi oleh setiap ibu bapa. Membaca menjadi satu kemahiran penting dalam era moden kini memandangkan komunikasi begitu banyak berlaku secara digital seperti emel, pesanan ringkas, sosial media, dan banyak lagi. Oleh itu, kemahiran membaca dan kefahaman komunikasi secara berkesan amat penting dan perlu di ajar sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, membaca untuk keseronokan menyumbang banyak manfaat untuk kanak-kanak sepanjang usia yang mereka lalui.
Satu kajian melibatkan lebih 17000 orang merekodkan tabiat membaca dan kejayaan dalam bidang akademik sejak kanak-kanak mendapati kanak-kanak yang membaca kerana keseronokan bukan hanya lebih baik dalam kosa kata dan ejaan, malah baik juga dalam Matematik.
Di sini saya kongsikan teknik menggalakkan kanak-kanak membaca untuk ibu bapa  dan menukar daripada enggan membaca kepada gemar membaca.
1. Kembangkan bahasa komunikasi anak
Berdasarkan kepada tahap kemahiran bahasa anak anda, berikan cerita untuk mereka baca atau anda bacakan kepada mereka. Apabila cerita telah tamat dibaca, tanya anak anda, bahagian manakah yang mereka suka. Tanya semula kepada mereka tentang cerita yang mereka dengar tadi, ini membolehkan anak-anak mengulang kembali perkataan-perkataan yang terdapat dalam cerita tadi secara tak langsung ia membantu anak-anak kenal perkataan baru dan meningkatkan keinginan mereka untuk membaca lagi.
2. Baca beberapa kisah setiap hari
Lebih banyak kanak-kanak terdedah dengan buku dan bahan bacaan, kelak membaca akan menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan informasi baru, konsep, dan kesedaran mengikut keadaan dalam setiap bacaan baru buatnya.
3. Perbanyakkan bahan bacaan di rumah
Kanak-kanak yang mempunyai bahan bacaan yang banyak di rumah akan lebih baik dalam prestasi ujian standard. Memiliki bahan bacaan yang menarik atau majalah-majalah yang banyak mengikut peringkat umur mereka adalah satu cara untuk mencetuskan minat membaca pada anak-anak.
4. Galakkan pembacaan dengan pelbagai cara
Jadikan membaca sebahagian dari hidup anak-anak. Galakkan mereka membaca menu, senikata, nama cerita-cerita tv, papan tanda, arahan pada permainan komputer, laporan cuaca dan apa sahaja yang dilihatnya. Sentiasa pastikan anak-anak mempunyai sesuatu untuk dibaca dalam masa lapangnya.
5. Gunakan Teknologi untuk Tingkatkan Keyakinannya
Teknologi mampu mengubah cara pembelajaran kita, dan ia mampu memberi impak positif kepada kanak-kanak dan kemahiran membaca mereka. Dengan memperkenalkan teknologi seperti tablet, e-reader kepada kanak-kanak, keyakinan diri mereka akan meningkat. Penggunaan teknologi dengan cara yang betul hendaklah diterapkan kepada kanak-kanak meandangkan era smartphone semakin berkembang pesat dalam kehidupan mereka. Membina keyakinan diri  dengan membaca dapat diaplikasikan dengan menggunakan teknologi apabila mereka mendapati mereka mampu menggunakan teknologi tersebut hasil kemahiran membaca yang mereka kuasai sendiri.
6. Berikan anak guna e-readers
E-readers samada di Tab, ipad atau kindle merupakan kaedah berkesan menggalakkan anak membaca bagi yang mampu memilikinya. Ia memberikan kebebasan kepada anak samada untuk membesarkan font atau mengguna font yang disukainya. Malah ia boleh membawanya ke mana-mana untuk dibaca. E-Readers mampu menyimpan pelbagai banyak jenis buku di dalamnya. Jangan lupa untuk install aplikasi pengawalan ibu bapa ke dalamnya untuk mengehadkan penggunaan apps yang melalaikan atau laman web yang meragukan.
7. Biarkan mereka memilih bahan bacaan sendiri
Membaca dalam keadaan seronok adalah cara yang baik untuk meningkatkan pencapaiannya di sekolah, namun mengajar anak cinta akan membaca melibatkan lebih daripada hanya memberikannya buku untuk dibaca. Biarkan anak memilih bahan bacaannya sendiri akan membuatkan anak lebih cenderung mencari buku untuk membaca pada bila-bila masa. Anak yang dapat memilih apa yang hendak dibacanya samada komik, majalah, buku atau novel akan mudah berdambing dengan apa sahaja bahan bacaan dan sentiasa mahukan informasi di mana sahaja mereka berada.
8. Bantu mereka memilih bahan bacaan yang sesuai dengan umur
Biarkan anak memilih bahan bacaan, namun bantu dari segi kesesuaian umurnya. Bawa mereka ke segmen yang menarik minat mereka sesuai dengan umur mereka jika anda ke kedai buku. Sama juga jika anda ke perpustakaan, halakan anak anda ke bahagian yang sesuai dengan umurnya. Ajarkan cara memilih buku yang sesuai di e-readers yang anda berikan. Dengan bantuan kita, anak boleh mengakses dengan pelbagai jenis buku dan bahan bacaan lain yang membuatkan mereka gemar membaca apa sahaja yang ada.
9. Gunakan Gadget dengan baik dan muat turun aplikasi yang sesuai
Smartphone anda, atau tablet dan ipad yang ada di rumah boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar anak membaca dari kecil. Muat turun aplikasi yang sesuai di mana anak gemar bermain permainan digital namun ia boleh merangsang kemahiran membaca anak. Namun ibu bapa harus meletakkan had penggunaan gajet.
e-readers
10. Tunjukkan keseronokan dan kegembiraan anda apabila anak membaca
Tindak balas kita adalah faktor penting dalam perkembangan anak kecil. Selalu ingat untuk berikan pujian yang ikhlas atas usaha mereka.
Membaca dengan keseronokan ini memberi kelebihan kepada anak-anak untuk mendapat idea baru dan melalui proses membaca dengan cepat. E-readers atau gajet boleh membuka ruang yang besar untuk anak-anak belajar membaca apa sahaja yang mereka mahukan. Malah ia boleh merangsang kanak-kanak yang enggan membaca sekaligus meningkatkan keyakinan mereka dalam kelas.

No comments:

Post a Comment